Bicara Ad-Din Masjid Negeri Selangor
Ustaz Azhar Haji Yahya
Kefardhuan puasa telah diturunkan perintahnya kepada Ummat Muhammad SAW pada tanggal 10 Shaaban tahun 2 Hijriah. Puasa atau Sauwm telah difardhukan dan disyariatkan kepada ummat-ummat nabi terdahulu, umpamanya Arab Jahiliyyah telah berpuasa Ayyamul Bayat ; pada hari 14 & 15 pertengahan bulan selama sepanjang malam dan hari kecuali antara waktu Maghrib dan Isya'.
Perkataan PUASA adalah berasal dari perkataan bahasa Sanskrit, UPUWASA - telah diguna pakai oleh para mubaligh Arab bagi menggantikan perkataan arab, As-Siyam.
Pada tahun 1968, kaum Nasrani telah meminda syariat berpuasa dari kefardhuan (wajib) selama 40 hari kepada pilihan individu, sepertimana yang telah ditermeterai di Vatican City.
Perkataan KUTIBA (Kaf ; Ta ; Ba) - bermaksud tertulis, terpahat.
Syariat berpuasa atau perintah Allah (Al-Malik) kepada hambaNya untuk berpuasa semenjak dari dulu kala hingga ummat akhir zaman telah tertulis dan terpahat nyata. Antara puasa-puasa ummat terdahulu :-
1. Nabi Dawuud AS - berselang 1 hari
2. Nabi Ibrahim AS - selama 36 hari berturut-turut
3. Bani Israel (Nabi Yaaqub AS) - Isnin dan Khamis
4. Bani Nasrani (Nabi Isa AS) - 40 hari
Manakala syariat Nabi Muhammad SAW adalah selama 29/30 hari di bulan Ramadhan yang menjadi kefardhuan dan sunnat pula selama 6 hari di bulan Syawaal.
Puasa WISAL yakni terus menerus tanpa berbuka hanya dibolehkan kepada Rasulullah SAW, HARAM bagi bagi ummat baginda.
Manakala puasa DAHARI adalah puasa terus menerus setiap hari sepanjang tahun kecuali 2 hari yakni 1 & 2 Syawaal.
"Besarkan Syiar Allah...tanda Taqwa di Hati"
WalLahuaklam
No comments:
Post a Comment