Saturday, July 14, 2012

Kepentingan Sunnah Rasulullah

11/02/2012
Ustaz Dato' Zawawi Yusoff

Syiah Alawiyah itu telah difatwakan sebagai terpesong dari akidah islamiyyah, lebih bersifat agama Majusi. Hatta, tidak diiktiraf oleh Syiah Iran. Fahaman inilah yang dianuti oleh keluarga Bashar Al-Asaad, presiden Syria yang sedang bermaharajalela berlaku zalim dan membunuh sebegitu ramai umat islam Ahlus Sunnah wal Jamaah dari kalangan rakyatnya sendiri dengan bantuan kafir Rusia, Syiah sesat Iran, pengganas Iraq dan munafiq Hizbullah Lubnan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan terpelihara akidah saudara-saudara kita di Syria di saat mereka berhadapan dengan fitnah yang dahsyat ini.

Cinta Rasulullah SAW
1. Sebut nama Rasulullah SAW
2. Ikut segala sunnah Rasulullah SAW

Baca kitab sunnah Rasulullah SAW - Biography Nabi Muhammad (Kitab Seerah Nabawiyyah - karangan Ibnu Hisyam)
Hayati seerah baginda sepenuhnya, ikuti sunnah keseluruhannya. 
"Bayangkan kalau lah Rasulullah SAW berkunjung ke rumah kediaman kita berziarah...tengok macamana kita menjalani kehidupan seharian, cara kita mendidik anak-anak dan sebagainya"

Wallahuaklam

Bersangka Baik

07/02/2012
Ustaz Dato' Hashim Yahya


Jangan kamu hasad-menghasad. 
Al-muslim ikhwanul muslim

Hidup muslim itu berakhlak. Penyakit hasad itu adalah, penyakit hati seumpama api memakan dedaun kering (cepat merebak dan amat parah)


Bagaimana untuk menghindari HASAD?
1. Jauhi perasaan zhan (bersangka) buruk terhadap orang lain. Mesti senantiasa bersikap dengan khusnulzhan (bersangka baik)
2. Jangan suka dengar cakap-cakap orang tanpa usul periksa
3. Jangan intip kesalahan orang
4. Janagan berlumba-lumba terhadap nikmat orang lain


Lintasan di HATI (Al-Qalb)
YAKIN 100% = Al-Yakiin
ZHAN 70% = Al-Ijtihad
SYAK 50% = Was-Was
WAHAM <50% = Delusi (terdetik)


Masalah ijtihadiyyah terbina dalam lingkungan zhan.
Firman Allah "Aku berserta dengan zhan hamba-Ku"
Bersangka baiklah terhadap Allah dengan segala sifat-sifat Allah yang mulia.


Hati dan lidah MESTI berpautan kepada Allah. Sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan bersangka baik dengan Allah. 


Wallahuaklam

Allah Ya Latiff

04/02/2012
Sheikh Al-Hussaini (Imam Masjid Melbourne, Australia)


Setiap sesuatu ciptaan Allah di dunia ini bersifat dengan jisim, samada jisim kasiff (boleh dipegang, diamati dengan pancaindera) atau jisim latiff (tidak boleh dipegang). Allah TIDAK bersifat dengan jisim-jisim tersebut, kerana jisim itu pun ciptaan-Nya.


Sifat-sifat manusia, alam terlihat pada pancaindera, terlintas pada fikiran, maka itu jelas BUKAN sifat Allah.


Umpama langit (as-samaa') itu KIBLAT orang yang berdoa, maka Kaabah (BaitiLlah il-Haraam) itu KIBLAT orang bersolat.


Sambutan maulid nabi adalah muafiq (selari) dengan syariat Rasulullah SAW. Raja malik Muzaffar @ dikenali juga sebagai Ibbin Iraq merupakan orang pertama menganjurkan sambutan maulid nabi.


Pahala bagi mereka yang bersusah-payah pergi menuntut ilmu fardhu ain (walaupun 1 bab), sama ganjarannya seperti 1000 rakaat solat sunat disisi Allah.


Surah Al-Fath merupakan surah kesukaan Rasulullah SAW
بسم الله الرحمن الرحيم

48:1
Malay
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

48:2
Malay
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Kita berselawat kepada Rasulullah SAW dengan objektif untuk mendapatkan Syafaat baginda di Akhirat kelak, ketika kita berkumpul di Mahsyar, ketika kita menunggu giliran untuk dihisab dan timbangan Miizan, dan ketika meniti Titian As-Siiratul Mustaqiim agar kita disegerakan dan dipermudahkan ke ganjaran Jannah dan redha Allah.
Macamana nak dapat Syafaat?
1. Fathabiuuni - ikut sunnah Rasululullah SAW secara total
2. Pupuk kasih & sayang sesama manusia
3. Mencontohi dan teladan

4 Celaka antara manusia:-
1. Mata tidak menangis
2. Kerasnya hati
3. Cintakan dunia
4. Berpanjangan dengan dosa

Al-khauf wal Rajak...petua melembut hati
1. Hadir majlis ilmu
2. Ziarah kuburan pada 1/2 malam (2-3am)
3. Elak haram, syubahah
4. Keluar fi-sabiliLlah
5. Usap kepala anak-anak yatim (dari arah belakang ke depan, mengikut sunnah)
6. Beri makan fakir miskin

Wallahuaklam

Tafsir Surah Al-Furqan

01/02/2012
Ustaz Nazmi Abdul Karim


بسم الله الرحمن الرحيم

25:1
Malay
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.


Al-Ehsan bermakna beribadat seolah-olah kamu melihat Allah atau sekurang-kurangnya YAKIN Allah itu Maha melihat kamu.

Malaikat Al-Karamiyyuun sebagai malaikat pengiring Allah, atau lebih dikenali sebagai "Subhana Malikil Quddus"

Muka berseri seorang mukmin, bagaimana untuk mendapatkan fadhilatnya?
1. Qiam pada 2/3 malam secara istiqamah.
2. Jaga wuduk, agar terus menerus dan tidak putus dari 1 waktu kepada 5 waktu lain.
3. Jihad fi-sabil liLlah, debu-debu dalam perjalanan menyerikan wajah.

Doa Rasulullah SAW ajarkan kepada Sahabat Muaz Bin Jabbal RA, amalkan setiap selepas solat secara istiqamah, banyak fadhilatnya.

"Allahumma 'inni 'alaa zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"
Ya Allah, bantulah daku untuk mengingati-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan beribadah sebaiknya untuk-Mu

Terdapat 10 jenis golongan di Mahsyar kelak
1. Muka mereka ditukar menjadi seperti Beruk = mereka yang suka mengumpat keji orang lain
2. Muka mereka ditukar menjadi seperti Babi = mereka yang memakan hasil yang haram
3. Muka mereka terseret ke tanah seolah berjalan dengan muka = mereka yang terus menerus memakan hasil riba'
4. Buta kedua mata mereka = hakim-hakim yang zalim di atas dunia
5. Bisu, pekak & buta mata mereka = mereka yang penuh dengan sifat ujub, takbur
6. Lidah mereka terjelir ke dada, mengalir keluar pula darah dan nanah = Ulama' yang pandai berkata-kata tapi tidak beramal
7. Kudung tangan dan kaki mereka = mereka yang terus menerus khianati jiran tetangga
8. Disalib dengan api neraka = golongan pengampu raja dan pemerintah untuk habuan dunia
9. Berbau busuk seperti bangkai = mereka yang hanya suka berfoya-foya dan tidak berzakat
10. Dipakaikan baju api neraka dibadan = mereka yang sombong dan bangga diri

Wallahuaklam

Sunday, June 24, 2012

Makam Taqwa

14/01/2012
Bicara Ad-Din, Masjid Negeri
Ustaz Yusof Embong


Ukuran manusia disisi Allah, yakni Makam Taqwa ada 3 peringkat:-
1. Muqarrabin - bulat-bulat berserah diri kepada Allah Az-Zawajal
2. Mukhliseen - cinta Allah mengatasi segalanya
3. Mukmin - mengharap rahmat, janji dan redha Allah


Amal itu pada asalnya tidak hidup, namun setelah terbitnya IKHLAS pada hati (Qalb) terhadap Allah, maka amal itu HIDUP dan dikira KEBAJIKAN disisi Allah Az-Zawajal.


Gerakan Liberalisasi pada akhir zaman ini mempersoalkan Hukum Allah, dengan pelbagai alasan atas nama HAK ASASI kemanusiaan.


Allah sebut dengan jelas dalam Al-Qur'an, orang kafir (Yahudi & Nasrani) tidak pernah redha dengan muslim walaupun mereka berbaik budi. Islam itu Ad-Din yang satu-satunya menerima redha Allah. Pluralism perlu DITOLAK.


Zuhud itu akhlak, pakaian seorang muslim <persepsi>, dimana akhlak itu cermin jiwa manusia.


wallahuaklam.