Saturday, July 14, 2012

Tafsir Surah Al-Furqan

01/02/2012
Ustaz Nazmi Abdul Karim


بسم الله الرحمن الرحيم

25:1
Malay
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.


Al-Ehsan bermakna beribadat seolah-olah kamu melihat Allah atau sekurang-kurangnya YAKIN Allah itu Maha melihat kamu.

Malaikat Al-Karamiyyuun sebagai malaikat pengiring Allah, atau lebih dikenali sebagai "Subhana Malikil Quddus"

Muka berseri seorang mukmin, bagaimana untuk mendapatkan fadhilatnya?
1. Qiam pada 2/3 malam secara istiqamah.
2. Jaga wuduk, agar terus menerus dan tidak putus dari 1 waktu kepada 5 waktu lain.
3. Jihad fi-sabil liLlah, debu-debu dalam perjalanan menyerikan wajah.

Doa Rasulullah SAW ajarkan kepada Sahabat Muaz Bin Jabbal RA, amalkan setiap selepas solat secara istiqamah, banyak fadhilatnya.

"Allahumma 'inni 'alaa zikrika wasyukrika wahusni ibadatik"
Ya Allah, bantulah daku untuk mengingati-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan beribadah sebaiknya untuk-Mu

Terdapat 10 jenis golongan di Mahsyar kelak
1. Muka mereka ditukar menjadi seperti Beruk = mereka yang suka mengumpat keji orang lain
2. Muka mereka ditukar menjadi seperti Babi = mereka yang memakan hasil yang haram
3. Muka mereka terseret ke tanah seolah berjalan dengan muka = mereka yang terus menerus memakan hasil riba'
4. Buta kedua mata mereka = hakim-hakim yang zalim di atas dunia
5. Bisu, pekak & buta mata mereka = mereka yang penuh dengan sifat ujub, takbur
6. Lidah mereka terjelir ke dada, mengalir keluar pula darah dan nanah = Ulama' yang pandai berkata-kata tapi tidak beramal
7. Kudung tangan dan kaki mereka = mereka yang terus menerus khianati jiran tetangga
8. Disalib dengan api neraka = golongan pengampu raja dan pemerintah untuk habuan dunia
9. Berbau busuk seperti bangkai = mereka yang hanya suka berfoya-foya dan tidak berzakat
10. Dipakaikan baju api neraka dibadan = mereka yang sombong dan bangga diri

Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment